Khamis, 11 April 2013

KEKASIH HATI

Assalammualaikum,
Sekian saya tak update diary ni, arini ada sikit happy laa cuz dapat dating dengan jejaka hati. Masa cepat sangat berlalu, kalau kat pejabat tu nak tunggu jam 5 maasyallah punya la lama. But ok la sekian lama tak keluar bersama. Saya rasa hampir 2 tahun tak jejak klcc. Banyak perubahan yang saya masih pening, jalannya... Tempat ye... Rasa happy gak dapat jejalan dengan buah hati. K la diary next time saya update to date.. kuangkuang..
Bye bye ^~^

Sabtu, 6 April 2013

Sikap manusia

Assalamualaikum,
Kita tengok tajuk pun kita dah boleh tahu orang macam ni. Susah nak menilai kawan yang ada di sekeliling kita. Rupa bukan main baik, pijak semut pun tak mati. Bahaya kawan orang macam ni. Dekat aku cerita hal kawan dia sendiri. Belakang aku manis mulut ngata aku pulak. Nak gelak pun ada kawan yang dia kutuk tu dia kongsi cerita kat aku, hurrm pelik ragam manusia ni. Tapi sebab aku fikirkan aku satu tempat so lebih baik aku diam. Lama-lama seronok pula tengok manusia macam ni bermain dengan perasaan dia sendiri. Tak kisah la kalau kau rasa apa yang kau buat boleh bahagiakan kau.. silakan!! Tapi kita tengok sampai mana keseronokan kau tu.. aamiin

Sabtu, 23 Mac 2013

~rasa malu~

Assalamualaikum..

Hari ni saya rasa malu pada diri sendiri, banyak ilmu agama yang saya tak mencari. 25 tahun hidup hanya sia-sia. Baru sekarang nak belajar huruf tajwid. Syukur la ada kesedaran untuk berubah jadi baik. Dah lama sungguh saya tak luahkan banyak perkara yang dah terjadi dalam saya. Ni mungkin ujian allah s.w.t untuk saya balik ke pangkal jalan.

#perut dah lapar... Nanti saya update lagi.

Selasa, 12 Mac 2013

BERSYUKUR

Alhamdulillah bulan march ini banyak rezeki yang aku perolehi. Aku dapat bantuan BR1M dari kerajaan, minggu aku dapat berita lulus permohonan untuk dapatkan kereta.. ya allah pemberian-mu ini sungguh bermakna dalam hidup ku. Macam-macam dugaan yang aku hadapi untuk dapatkan kereta tu... Akhirnya <3

#lain hari aku sambung lagi#

Khamis, 7 Mac 2013

HARI WANITA <3

ASSALAMUALAIKUM...

Hari jumaat yang mulia ni, sempena hari wanita juga aku nak ucap terima kasih kat mama yang selama ini melahirkan, membesarkan, melayan karenah hidup aku sepanjang ini.. Sungguh indah menjadi wanita kerana ALLAH S.W.T pernah bersabda wanita di lahirkan untuk dilindungi oleh kaum adam.

Sungguh tak terkira peranan wanita itu penting dalam satu perkara. Menjadi anak seperti rajin membantu ibu ya.. Menjadi isteri seperti membantu, meringankan beban si suami. Menjadi ibu seperti  nyawa di hujung tanduk untuk melahirkan anak, mendidik mereka untuk lebih berjaya..

Semoga dengan hari wanita ini, aku akan kenang pengorbanan mama kpd aku...
Aku amat sayang dan menghargai dirinya..

Terima Kasih mama <3 :P

Selasa, 26 Februari 2013

Buah hati ku <3

Assalam,

Dah lama aku tak update diary ni.. bz memanjang katakn.. kikiki
Bulan lepas birthday buah hatiku yg ke 3thn :)
Dah besar la die... Kdg2 aku rindu kdg2 aku marah die tapi klau tak ade dia cam tak ceria hidup aku

hIjRaH

Di lihat malam itu indah, di renung siang itu perit.. seperti di jiwa itu payah, seperti zahir tu mudah.. Melangkah dan berhenti namun tercari-cari hilangnya sebuah hati..
Kosong... Sunyi... Diam seketika masih mencari, masih meniti.
Luahan tangisan di kongsi, mencari jawapan hanya sepi.
Kenal diri tercari-cari hilang sebuah diri.
Pencipta.. dicipta... Mencipta, hanya sebuah jawapan. Gagal mencari musnah sendiri..
Kepada dia aku ungkai jawapan, namun dia berkias dalam pertanyaan...
Tercari-cari, namun hanya mampu berlari-lari...